RSS
email
0

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia

Hanya sehari lagi sebelum tibanya tanggal 31 Ogos, hari bersejarah buat tanah air kita. Hormatilah usaha dan keringat yang telah dicurahkan bagi kita mengecap kebebasan yang kita rasakan kini dengan menghayati nilai-nilai murni serta menjadi insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara.


Usahlah melaungkan "Merdeka!" tapi fikiran masih terjajah.
Usahlah berkata soal pengorbanan andainya nilai moral telah diketepikan.
Usahlah mengharapkan perpaduan jika dusta masih menguasai lisan.
Usahlah membicarakan kesenangan yang dinikmati jika masa masih terbazir berlalu pergi.

Lupakah kita pada Rukun Negara?
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan



Marilah kawan, kita menanam cita-cita mulia, menguatkan tekad, memperbaik tabiat dan memperkasa jiwa agar menjadi belia yang berguna buat agama, masyarakat dan negara. Amalkan nilai murni tidak mengira waktu dan ketika. Prihatinkah kita pada soal moral dan akhlak? Nilai dan etika? Kewajipan dan tanggungjawab?

Mari kita kembali refleksi tujuan kewujudan kita di atas bumi Malaysia ini.

Ya, saya mahasiswa prihatin!
Read more
0

Rebutlah peluang yang ada

Assalamualaikum warahmatullah serta salam 1Malaysia

Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan untuk menjejakkan kaki pada malam pertama antara sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini. Inilah fasa terakhir Ramadhan yang padanya ditawarkan pembebasan dari api neraka. Subhanallah.

Sama-sama saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan untuk sama-sama kita merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amal serta berusaha semampunya, insyaAllah. Rugilah kita andainya kita mensia-siakan peluang ini. Malahan, dalam sepuluh malam terakhir ini juga hadirnya malam al-Qadr ataupun lailatul Qadr yang kebaikannya melebih seribu bulan @ 83 tahun 4 bulan. Maha Penyayang Allah.

Jika hendak dibandingkan dengan umur umat Nabi Muhammad s.a.w. yang rata-ratanya lebih kurang 63 tahun, sememangnya tawaran ini tiada tolok bandingnya. Sekiranya kita terkejarkan jualan murah di Jalan TAR, di Sogo, Year-End-Sale sehingga sanggup bersesak-sesak, masakan kita tidak boleh berusaha untuk mengejar tawaran Pencipta kita? Sama-samalah kita saling mengingati dan menjadi kekuatan satu sama lain untuk kebaikan kita bersama.

Ingin saya kongsikan sebuah hadis (http://www.arabmykrk.com/hadith/ramadhan-lailatul-qadr-hadith-2.html):

Hazrat Anas r.a. berkata "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya, bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi"

(Hadis riwayat Ibnu Majah, sanadnya 'hasan' insyaAllah sebagaimana dalam Kitab at-Targhib dan al-Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah.
(Terjemahan Ustaz Muhammad Razid bin 'Abd. Wahab). 1999.
FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s. 65
Semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang rugi. Dalam kesibukan kita mencari dunia, moga kita tidak terlupa untuk bersedia menghadapi Allah s.w.t. kelak. Marilah kawan-kawan, kita menuju ke arah keredhaan-Nya. InsyaAllah.

artikel yang menarik untuk dikongsikan:

http://iluvbadar.blogspot.com/2010/08/salafussoleh-di-akhir-ramadhan.html
Read more
0

salam Ramadhan~

Ramadhan al-Karim, Ramadhan al-Mubarak


Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan bulan yang dinanti-nantikan oleh para mu'minin, Ramadhan. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat mendidik kita menjadi golongan yang bertaqwa sebagaimana firman Allah s.w.t.,

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, "
(al-Baqarah:183)
Maka, saya menyeru sahabat-sahabat se-Islam saya untuk sama-sama kita berusaha sebaiknya untuk mendapat manfaat dan kelebihan dalam bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua beroleh rahmat, maghfirah dan juga barakah. InsyaAllah.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."
(al-Bukhari dan muslim)


Read more
 

Categories

Quote to be noted

Why do we want to show the world we exist(by our appearance)??? That only shows that we are not confident.

Our beloved Prof.