RSS
email
0

Salam Maal Hijrah 1432H

ASSALAMUALAIKUM,
Doa Akhir Tahun

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Akhir Tahun

maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

...................................................................................

Doa Awal Tahun

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Salam Maal Hijrah~ Moga tahun ini lebih baik dari yang tahun sebelumnya~
Read more
0

buat first year..:)

Read more
0

harapan bersama...

Khas buat teman seperjuangan pelajar perubatan Tahun 2 2010/2011


Saat yang mendebarkan semakin menghampiri...
Tidak kira apa pun keputusannya, pasti itu yang terbaik buat kita,
kerana itulah ketetapan Ilahi... :)

Saya mendoakan yang terbaik untuk rakan seperjuangan semua!!!
Read more
0

Selamat berjuang!!!

Read more
0

Pengesahan Penginapan Kolej Semester 2 10/11

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia

Sila sahkan penginapan kolej anda bagi semester 2 2010/2011 selewat-lewatnya 26 Oktober 2010 di klik
Read more
0

SEMOGA BERJAYA SEMUA~

Read more
0

kuih raya berjalan???

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia



Bulan Syawal hanyalah tinggal beberapa hari...
jadi sebelum tamatnya bulan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengedarkan kuih raya kepada mahasiswa/i yang bertuah di UKM KKL



Semoga bulan Syawal yang kian berlalu ini merapatkan kembali silaturrahim kita semua. Semoga hari-hari kita sentiasa diisi dengan kemaafan:) Sesungguhnya kemaafan itu perkara yang mampu menenangkan hati dan melegakan fikiran...
Read more
0

~Jamuan raya batch 09/14~ \o/

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Meskipun hari raya telah berlalu, kita masih lagi dalam bulan Syawal ;)
Badan Bertindak Akademik dengan sukarelanye telah menganjurkan jamuan hari raya batch 09/14 bagi tahun 2010. Alhamdulillah dengan izin Allah, majlis telah berjalan dengan baik dan setiap yang hadir pulang dengan ingatan yang bermakna dan perut yang kenyang:)

Perpaduan 1Malaysia :) - semua pun menikmati hidangan^^







Sedap, sedap... kamera pun tak tengok










Sedap sehingga menjilat jari~















Majlis turut diserikan dengan persembahan sebuah band:



Band yang baru ditubuhkan membuat rehearsal












berposing sekejap





Terima kasih diucapkan buat mereka yang menganjurkan majlis dan pada masa yang sama, mengizinkan saya menjadi pengerusi majlis pada hari tersebut bersama saudara Zhafir Ali bagi memeriahkan majlis. Moga sahabat sekalian terhibur dengan kelolaan kami berdua...





Ketupat oh ketupat...











Penghakiman sedang dijalankan








Cerianya kita bersama-sama,
Menikmati juadah yang berbeza,
Jamuan ini peluang berharga,
mengeratkan silaturrahim antara kita,
Bertelagah dan tersinggung adalah biasa,
Menjadikan persahabatan kita lebih bermakna,
Eratnya kita bak sebuah keluarga,
Semoga hubungan ini beroleh redha-Nya



~batch kita:) memori bersama~
Read more
0

Salam Eidul Fitri buat semua~



Read more
0

Cuti, rehat dan tanggungjawab


Assalamualaikum w.b.t. dan salam 1Malaysia



Telah masuk hari keempat pelajar perubatan pra-klinikal bercuti.
Bertuahnya kita berbanding rakan-rakan fakulti lain.
Semoga kita semua manfaatkan cuti yang ada.


Semasa cuti, kita berehat.
Dalam berehat, tetap ada tanggungjawab.
Tanggungjawab apa?
Banyak.


Bagi yang muslim,
kita ada kewajipan sepanjang masa sebagai hamba Allah dan juga umat Rasulullah s.a.w.
Yang bukan muslim juga saya yakin, ada kewajipan terhadap agama masing-masing.


Rindunya kat keluarga...
Sebagai anak, senangkanlah hati ibu bapa kita.
Sebagai adik-beradik, ringankanlah beban abang/kakak/adik kita.
Bukankah hidup ini lebih bermakna andainya kita dapat membantu orang lain.
Biarlah seringan-ringan pertolongan atau sekecil-kecil bantuan, asalkan kita ikhlas.
Lagipun, kan jarang kita dapat balik?



Cuti? Reunion? Memang sinonim.
Ukhuwwah yang ada, pastinya kita nak raikan.
Silakan, peluang dan kesempatan yang ada, rebutlah.



Masa yang ada, manfaatkan.
Sebagai pelajar, tidaklah kita ketepikan secara langsung akademik kita.
Betul tak?
-Ingatan buat diri dan juga rakan-rakan untuk kita sama-sama berusaha mengecap kejayaan:)


JOM! Kita berusaha!
Read more
0

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia

Hanya sehari lagi sebelum tibanya tanggal 31 Ogos, hari bersejarah buat tanah air kita. Hormatilah usaha dan keringat yang telah dicurahkan bagi kita mengecap kebebasan yang kita rasakan kini dengan menghayati nilai-nilai murni serta menjadi insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara.


Usahlah melaungkan "Merdeka!" tapi fikiran masih terjajah.
Usahlah berkata soal pengorbanan andainya nilai moral telah diketepikan.
Usahlah mengharapkan perpaduan jika dusta masih menguasai lisan.
Usahlah membicarakan kesenangan yang dinikmati jika masa masih terbazir berlalu pergi.

Lupakah kita pada Rukun Negara?
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan



Marilah kawan, kita menanam cita-cita mulia, menguatkan tekad, memperbaik tabiat dan memperkasa jiwa agar menjadi belia yang berguna buat agama, masyarakat dan negara. Amalkan nilai murni tidak mengira waktu dan ketika. Prihatinkah kita pada soal moral dan akhlak? Nilai dan etika? Kewajipan dan tanggungjawab?

Mari kita kembali refleksi tujuan kewujudan kita di atas bumi Malaysia ini.

Ya, saya mahasiswa prihatin!
Read more
0

Rebutlah peluang yang ada

Assalamualaikum warahmatullah serta salam 1Malaysia

Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan untuk menjejakkan kaki pada malam pertama antara sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini. Inilah fasa terakhir Ramadhan yang padanya ditawarkan pembebasan dari api neraka. Subhanallah.

Sama-sama saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan untuk sama-sama kita merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amal serta berusaha semampunya, insyaAllah. Rugilah kita andainya kita mensia-siakan peluang ini. Malahan, dalam sepuluh malam terakhir ini juga hadirnya malam al-Qadr ataupun lailatul Qadr yang kebaikannya melebih seribu bulan @ 83 tahun 4 bulan. Maha Penyayang Allah.

Jika hendak dibandingkan dengan umur umat Nabi Muhammad s.a.w. yang rata-ratanya lebih kurang 63 tahun, sememangnya tawaran ini tiada tolok bandingnya. Sekiranya kita terkejarkan jualan murah di Jalan TAR, di Sogo, Year-End-Sale sehingga sanggup bersesak-sesak, masakan kita tidak boleh berusaha untuk mengejar tawaran Pencipta kita? Sama-samalah kita saling mengingati dan menjadi kekuatan satu sama lain untuk kebaikan kita bersama.

Ingin saya kongsikan sebuah hadis (http://www.arabmykrk.com/hadith/ramadhan-lailatul-qadr-hadith-2.html):

Hazrat Anas r.a. berkata "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya, bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi"

(Hadis riwayat Ibnu Majah, sanadnya 'hasan' insyaAllah sebagaimana dalam Kitab at-Targhib dan al-Misykah)

Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah.
(Terjemahan Ustaz Muhammad Razid bin 'Abd. Wahab). 1999.
FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s. 65
Semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang rugi. Dalam kesibukan kita mencari dunia, moga kita tidak terlupa untuk bersedia menghadapi Allah s.w.t. kelak. Marilah kawan-kawan, kita menuju ke arah keredhaan-Nya. InsyaAllah.

artikel yang menarik untuk dikongsikan:

http://iluvbadar.blogspot.com/2010/08/salafussoleh-di-akhir-ramadhan.html
Read more
0

salam Ramadhan~

Ramadhan al-Karim, Ramadhan al-Mubarak


Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan bulan yang dinanti-nantikan oleh para mu'minin, Ramadhan. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat mendidik kita menjadi golongan yang bertaqwa sebagaimana firman Allah s.w.t.,

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, "
(al-Baqarah:183)
Maka, saya menyeru sahabat-sahabat se-Islam saya untuk sama-sama kita berusaha sebaiknya untuk mendapat manfaat dan kelebihan dalam bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua beroleh rahmat, maghfirah dan juga barakah. InsyaAllah.
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."
(al-Bukhari dan muslim)


Read more
0

Surat maklum balas TDA, Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy berhubung isu kebajikan pelajar praklinikal di Kampus Kuala Lumpur




Surat ini bertarikh 26 April 2010, sebulan selepas surat berhubung isu kebajikan pelajar praklinikal di Kampus Kuala Lumpur diterima oleh Prof. Dr. Zaleha. Alhamdulillah, Timbalan Dekan Akademik yang begitu prihatin dan mementingkan kebajikan pelajar telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah para pelajar yang telah saya utarakan. Semoga kerjasama yang baik seperti ini akan diteruskan.

Oleh itu, saya juga berharap agar sahabat-sahabat sekalian dapat berhubung dengan saya andainya sebarang menghadapi sebarang masalah. Dengan izin Allah saya akan berusaha menyalurkan SUARA ANDA ke pihak yang bertanggung jawab. Semoga kita semua terus gigih dan tabah dalam menempuh perjalanan sebagai pelajar untuk menjadi doktor yang ilmunya penuh di dada, sahsiahnya terjaga dan profesionalismenya terserlah.

nasihapmukm@gmail.com
019-4432472


"Your voice is my voice"
PROFESIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL
Read more
0

Perutusan kedua

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita meneruskan perjuangan yang tidak bernoktah ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat anda semua yang berjaya melangkah ke Tahun 2 dan juga buat semua pelajar Tahun 1 yang berjaya menyambung pelajaran di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Mahasiswa/i yang dihormati,


Sepertimana yang anda semua ketahui, bukan mudah tugas sebagai pelajar perubatan. Namun, saya mengharapkan yang terbaik daripada anda semua semoga segala tanggungjawab kita dapat dilaksanakan dengan baik. Bukan sahaja tugas kita untuk belajar semata-mata tetapi kita seharusnya terlibat dengan program-program ilmiah untuk memantapkan lagi kemahiran komunikasi atau dalam erti kata lain “soft skill” kita sendiri. Amat besarlah harapan saya agar anda semua dapat menyeimbangkan tanggungjawab kita sebagai pelajar perubatan dan juga warga kolej.


Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua SUK saya yang telah dilantik dan diharapkan semua SUK saya dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan tabah dan ikhlas demi menjaga kepentingan bersama mahasiswa fakulti Perubatan. Selain itu juga, saya mengharapkan semua pelajar perubatan dapat memberi kerjasama yang baik terhadap SUK yang telah dilantik dalam menyalurkan masalah atau sebarang ketidakpastian. Hubungilah kami sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan.


Akhir kalam daripada saya, suka untuk saya berkongsi satu pepatah daripada Richard Bach,

“Here is the test to find whether your mission on Earth is finished: if you're alive, it isn't”


Sekian.


Wassalamualaikum WBT.


“PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL”



NASIHA BINTI OMAR

MPP FAKULTI PERUBATAN TAHUN 1 DAN 2

PMUKM 2009/2010

nasihapmukm@gmail.com

0194432472

Read more
0
Read more
1

Sumbangan bagi mangsa rompakan Plaza Rah

Alhamdulillah, dengan kasih sayang serta sikap ambil berat dan saling membantu, kutipan derma bagi mangsa rompakan Plaza Rah berjaya dilakukan. Sumbangan telah pun dihulurkan kepada mangsa yang terbabit. Ucapan terima kasih buat semua yang telah menghulurkan bantuan bagi sahabat kita ini. Sebanyak RM324.05 berjaya dikutip dari kalangan pelajar perubatan tahun 2 sesi 2010/2011. Semoga Allah membalas kebaikan kalian.


Sumbangan dihulurkan kepada mangsa rompakan
Read more
0

Kes rompakan di Plaza Rah

Kemasukan pelajar tahun 2 Fakulti Perubatan UKM sesi 2010/2011 digemparkan dengan kejadian rompakan dan ugutan parang yang berlaku di Plaza Rah, kediaman mahasiswi. Ketika kejadian rompakan itu berlaku, mahasiswi tersebut sedang berseorangan di dalam rumahnya di tingkat 11. Kejadian berlaku sekitar 7 pagi pada hari Ahad, 13 Jun 2010.

Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan pejabat Kolej Tun Syed Nasir serta telah mendapat perhatian pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Prof Madya Dr Ruzita Abd Talib. Turut turun padang ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak dan juga Presiden PMUKM, Hamzah.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai MPP Mahasiswa menyeru kepada mahasiswa/i sekalian agar sangat menitikberatkan soal keselamatan. Antara langkah keselamatan pencegahan yang dicadangkan berhubung dengan perkara yang tidak diingini berlaku ialah:-

1- Mahasiswa/i amat digalakkan untuk tidak tinggal bersendirian di rumah(Plaza Rah).

2- Mengunci bilik, pintu rumah dan tingkap sebelum keluar dari rumah.

3- Mengunci bilik dan pintu menjadi amalan ketika di rumah

4- Mempunyai nombor telefon pihak polis, serta pegawai keselamatan. Buat rujukan semua, berikut merupakan nombor yang berkenaan:

a. No tel. Pejabat Polis Dang Wangi – 03-20702222

b. No tel. pegawai keselamatan – 012-3007164

Sekiranya perkara ini berlaku juga, na’uzubillah, saya mohon kepada siswa/i untuk maklumkan kepada saya dengan kadar segera. Ini kerana saya dapat membantu bersama dalam melaporkan kepada pihak berwajib seperti pihak polis dan pihak pengurusan kolej. Langkah seterusnya yang akan saya usahakan adalah memohon sumbangan untuk mangsa sama ada secara kutipan derma dan mahupun melalui Tabung Kebajikan Pelajar. Untuk makluman semua, tabung ini memang khas disediakan oleh pihak pentadbiran UKM, untuk mereka yang mengalami kes-kes tertentu yang dikhususkan. Permohonan bantuan dari tabung ini bolehlah dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di tingkat 5, Blok E.

Sememangnya keselamatan ialah aspek yang amat penting. Justeru, saya ingin menyeru kepada mahasiswa/i sekalian untuk bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang isu keselamatan diri dan juga rakan-rakan yang lain sesuai dengan Kempen Mahasiswa Prihatin anjuran Gabungan Mahasiwa. Usahlah kita ambil sikap tidak cakna dan menjadi seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bersatulah dan saling membantu. Terapkan amalan berhati-hati dan waspada sepanjang masa. Semoga Allah memelihara kita dari sebarang kecelakaan.

Berikutan itu, saya amatlah berharap agar kita semua dapat bahu-membahu menjaga keselamatan supaya keselamatan setiap seorang daripada kita akan terpelihara, insyaAllah.


Read more
0

Carta Organisasi



Read more
0

OPERASI PENSIL


 Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa

      Semalam  4 APRIL 2010 saya bersama-sama rakan SUK telah turun menjenguk kakak dan abang Tahun 2 dalam membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir semester 2. Kami selaku adik hanya mampu mendoakan kakak dan abang Tahun 2 mendapat kejayaan yang cemerlang seterusnya melayakkan diri ke Tahun Klinikal.

     Sudah menjadi lumrah sebagai seorang penuntut diuji bagi melihat tahap pemahaman dan pencapaian mereka dalam subjek dan bidang-bidang tertentu. Di sinilah tempat melihat sama ada kita sudah cukup baik dalam menguasai subjek-subjek tertentu

     Perjumpaan itu juga kami hiasi dengan menghadiahkan sebatang pensil dan seungkap kata-kata motivasi bagi menemani Mahasiswa Tahun 2 dalam menduduki peperiksaan akhir semester. Semoga kalian semua mendapat kejayaan.


 IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN

~ALIA~FARIH~NASIHA~






OUR VOICE IS MY VOICE

PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL


Read more
0

PEPERIKSAAN HM & HL


PERHATIAN

Kepada semua PELAJAR PERUBATAN TAHUN 1

PEPERIKSAAN KHIDMAT MASYARAKAT (HM) PERSATUAN PELAJAR (HL)

 TARIKH : 17 APRIL 2010

 HARI : SABTU 

 MASA : 8.30 - 9.30 pagi

Diharapkan semua pelajar dapat datang lebih awal.

Semoga Berjaya




YOUR VOICE IS MY VOICE

PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL







Read more
0

SUARA ANDA KE TIMBALAN DEKAN AKADEMIK

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa,

     Syukur ke hadrat Ilahi dengan kekuatan yang diberi dan sokongan anda semua saya telah menyalurkan SUARA ANDA kepada Timbalan Dekan Akademik Fakulti Perubatan, Professor Dr. Zaleha Abdullah Mahdy.

     Surat yang bertarikh 25 Mac 2010 mengandungi beberapa isu yang ANDA SUARAKAN :

     1. ISU KECURIAN terutama dibahagian lokar Perpustakaan Dr. Abdul Latif

     2. ISU KAFETERIA KAMPUS KUALA LUMPUR

     3. BILIK SESI KUMPULAN KECIL

     4. ISU KELAS BAHASA INGGERIS


     Beberapa cadangan juga telah dilampirkan dalam surat berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut dari kaca mata kita selaku pelajar. Dengan izin Allah, dari semasa ke semasa saya akan berusaha menyampaikan SUARA ANDA ke pihak atasan. Semoga kita dapat belajar dengan baik dan bersungguh-sungguh. Moga keselesaan dan kemudahan yang diberikan kepada kita dapat melahirkan seorang doktor yang berjiwa besar dan berhati mulia.



YOUR VOICE IS MY VOICE

PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL


Read more
0

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN SAYA



25/3/2010 (Khamis) – Sekitar pada jam 2.30 hingga 3.30 petang telah diadakan pertemuan antara MPP Perubatan, Nasiha Binti Omar dan MPP Farmasi, Mariah Binti Zakaria bersama Dr Ruzita Abd. Talib, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir serta Jaksa Kebajikan berkaitan beberapa permasalahan mahasiswa/i. Beberapa hasil pungutan dari SUARA ANDA telah saya salurkan kepada pengetua.



Bil

Perkara yang diketengahkan

Response Pihak Pentadbiran Kolej

1.

Pekerja penyelenggaran dan orang luar berlainan jantina masuk ke blok mahasiswa sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan mahasiswa

·         Tindakan serius akan diambil

·         Untuk makluman : bagi kerja-kerja pembersihan, pekerja yang ditugaskan seharusnya mengikut jantina mahasiswa yang menghuni di blok tersebut berdasarkan kontrak awal pihak Kolej dan Syarikat Pembersihan

 

2.

Wireless JARING UKM dan Tetamu UKM

·         Bagi pelajar yang tidak dapat menyambung ke talian JARING UKM, pelajar perlu menghubungi sendiri pihak JARING supaya mereka dapat menegenal pasti punca masalah tersebut.

3.

BLOK 6

·         Speaker : TIDAK DAPAT             mendegar pengumuman

·         Masalah Katil

·         Ruangan yang sempit

·         Masalah tingkap sliding           tidak dapat dikunci

·         Cadangan untuk memasang speaker di BLOK 6 telah diusulkan dan menunggu peruntukan dari Bendahari UKM. Anggaran kos RM25,000

·         Bagi pelajar yang mempunyai masalah berkaitan katil (double decker) boleh mengisi borang aduan di pejabat.

·         Pelajar dinasihatkan tidak mengubah sususan perabot di dalam bilik bagi mengelakan ruang yang sempit.

·         Saya memberi cadangan untuk mengurangkan kapasiti pelajar yang duduk di blok 6 kepada 6 atau 7 orang satu unit. Namun, penempatan mahasiswi terhad.

·         Pihak JPP akan mengambil tindakan untuk membaik pulih masalah tingkap sliding yang tidak dapat dikunci.

4.

RO Water Blok D dan E

·         Saya menberi cadangan agar RO Water disegerakan pembaik pulihan atau tukar mesin yang rosak.

5.

Tandas :

·          Air bertakung dan berbau

·         Shower dan Flusher rosak

 

·         Rodaan MPP Farmasi dan Exco Kebajikan Jaksa serta Felo telah dilaksanakan pada 24 Mac yang lalu.

6.

Sistem Kuota bagi sesi hadapan

·         70%  ( FSKB)

·         10 % ( Farmasi)

·         10 % ( Perubatan)

·         10 % ( Pergigian)

  

7.

Pembahagian Penempatan ( K1) bagi sesi hadapan

·         Perbincangan bersama Pengetua dan TNC telah bercadang untuk mengabungkan seluruh fakulti di dalam satu blok. Namun akan dipertimbangkan semula  mengikut jadual kelas dan cuti .

  

 

      Bagi pelajar yang mengalami masalah di Kolej boleh membuat aduan dengan mengisi borang di Pejabat Kolej. Ini untuk memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti masalah dan menguruskannya dengan cepat dan berkesan. Suarakan masalah demi kemaslahatan bersama.


YOUR VOICE IS MY VOICE 

PROFESSIONALISME MEMBENTUK MAHASISWA GLOBAL

Read more
 

Categories

Quote to be noted

Why do we want to show the world we exist(by our appearance)??? That only shows that we are not confident.

Our beloved Prof.