Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan bulan yang dinanti-nantikan oleh para mu'minin, Ramadhan. Semoga kehadiran Ramadhan kali ini dapat mendidik kita menjadi golongan yang bertaqwa sebagaimana firman Allah s.w.t.,
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, "Maka, saya menyeru sahabat-sahabat se-Islam saya untuk sama-sama kita berusaha sebaiknya untuk mendapat manfaat dan kelebihan dalam bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua beroleh rahmat, maghfirah dan juga barakah. InsyaAllah.(al-Baqarah:183)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya."(al-Bukhari dan muslim)
0 comments:
Post a Comment