Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan untuk menjejakkan kaki pada malam pertama antara sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan kali ini. Inilah fasa terakhir Ramadhan yang padanya ditawarkan pembebasan dari api neraka. Subhanallah.
Sama-sama saya mengingatkan diri saya dan juga rakan-rakan untuk sama-sama kita merebut peluang ini dengan memperbanyakkan amal serta berusaha semampunya, insyaAllah. Rugilah kita andainya kita mensia-siakan peluang ini. Malahan, dalam sepuluh malam terakhir ini juga hadirnya malam al-Qadr ataupun lailatul Qadr yang kebaikannya melebih seribu bulan @ 83 tahun 4 bulan. Maha Penyayang Allah.
Jika hendak dibandingkan dengan umur umat Nabi Muhammad s.a.w. yang rata-ratanya lebih kurang 63 tahun, sememangnya tawaran ini tiada tolok bandingnya. Sekiranya kita terkejarkan jualan murah di Jalan TAR, di Sogo, Year-End-Sale sehingga sanggup bersesak-sesak, masakan kita tidak boleh berusaha untuk mengejar tawaran Pencipta kita? Sama-samalah kita saling mengingati dan menjadi kekuatan satu sama lain untuk kebaikan kita bersama.
Ingin saya kongsikan sebuah hadis (http://www.arabmykrk.com/hadith/ramadhan-lailatul-qadr-hadith-2.html):
Hazrat Anas r.a. berkata "Telah masuk bulan Ramadhan, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda "Sesungguhnya, bulan ini telah datang kepada kamu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi"Semoga kita tidak tergolong dalam mereka yang rugi. Dalam kesibukan kita mencari dunia, moga kita tidak terlupa untuk bersedia menghadapi Allah s.w.t. kelak. Marilah kawan-kawan, kita menuju ke arah keredhaan-Nya. InsyaAllah.
(Hadis riwayat Ibnu Majah, sanadnya 'hasan' insyaAllah sebagaimana dalam Kitab at-Targhib dan al-Misykah)
Sumber: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah.
(Terjemahan Ustaz Muhammad Razid bin 'Abd. Wahab). 1999.
FADHILAT RAMADHAN. Kuala Lumpur: Era Ilmu Sdn. Bhd. m.s. 65
artikel yang menarik untuk dikongsikan:
http://iluvbadar.blogspot.com/2010/08/salafussoleh-di-akhir-ramadhan.html
0 comments:
Post a Comment